Pendaftaran Program Tajaan Huffaz MTMF Dibuka Sekarang

PROGRAM TAJAAN HUFFAZ

Menumpang Mahkota Di Syurga

Pendidikan Tahfiz menyediakan asas yang kukuh dalam mengembangkan ilmu, potensi, & kemahiran anak-anak untuk membaca,
menghafaz dan memahami al-Quran, secara langsung akan membentuk keperibadian generasi individu Al-Hafiz yang soleh,
bertanggungjawab, serta berakhlak mulia.

Di MTMF, usaha pendidikan secara percuma sehingga kini masih diteruskan, dan 40% daripada barisan pelajar kami merupakan anak
yatim / dari keluarga asnaf.

Setiap pelajar yang berdaftar di Maahad kami telah melalui suatu sistem pemilihan yang ketat bagi memastikan bahawa setiap
pelajar yang dipilih memiliki;

1. Akhlak yang mulia.

2. Keikhlasan untuk mengikut laluan Tahfiz

3. Minat yang mendalam untuk mempelajari ilmu Al-Quran

4. Cita-cita untuk menjadi Al-Hafiz dan ahli agamawan yang berjaya

Oleh itu, kami di pihak MTMF ingin berkongsi tajaan para huffaz dengan harapan bukan sahaja untuk merapatkan jurang ekonomi dan pendidikan anak-anak ini, tetapi juga sebagai suatu bentuk nilai tambah kepada motivasi dan semangat anak-anak ini untuk menghabiskan pengajian Tahfiz dan kembali menabur bakti kepada masyarakat umum.

Melalui program ini, pihak penyumbang akan berpeluang untuk sama-sama menaja secara langsung pendidikan pelajar kami.

Sokongan semua amatlah penting dan bermakna bagi menampung perbelanjaan utama di MTMF seperti berikut;

Dengan menjadi ahli Program Tajaan Huffaz, anda akan dapat keberkatan dan manfaat dari merealisasikan hasrat anak-anak ini untuk mendapatkan peluang yang sama seperti pelajar-pelajar lain, iaitu untuk menjadi seorang Al-Hafiz & Dai’e yang pada akhirnya mampu menyumbang kepada pembangunan  negara dan kesejahteraan ummah. 

Harapan MTMF, melalui Program Tajaan Hufaz ini dapat
membuka peluang perkongsian sebagai penumpang Mahkota
Di Syurga
 Syurga dengan izin Allah S.W.T di samping memberi manfaat
bersama seperti berikut :-