Pendaftaran Program Tajaan Huffaz MTMF Dibuka Sekarang

Sistem-pembelajaran

Membina Kecemerlangan dalam Hafalan Al-Quran & Pengajian Islam

Di Maahad Tahfiz Miftahul Falah, kami sangat komited dalam melahirkan graduan yang holistik & cemerlang, bukan sahaja dalam
menghafaz al-Quran, tetapi juga dalam menghayati & mengamalkan prinsip-prinsip Islam. Ini akan dicapai melalui sistem
pembelajaran yang teliti & menyeluruh sebagai usaha untuk memberi penekanan kepada kefahaman agama & pembangunan sahsiah
pelajar.

Sistem pembelajaran kami dibina atas dua tonggak asas:-

Hafazan Al-Quran

 

  • Kami menggunakan Kaedah Deobandi, yang terkenal dengan keberkesanannya dalam mencapai hafalan Al-Quran yang tepat dan efisien.
  • Program kami direka bentuk untuk pelajar menghafal keseluruhan al-Quran dalam tempoh 3 tahun.

  • Selepas khatam, pelajar akan meluangkan masa selama 1 tahun lagi untuk memantapkan lagi hafalan mereka sebagai persiapan bagi menghadapi peperiksaan Syahadah Hafiz Al-Quran.

    Kurikulum pengajian tahfiz di MTMF dibahagi kepada 4 peringkat:-

Membetulkan bacaan, sebutan huruf, dan tajwid secara bertalaqqi dengan guru sehingga khatam dalam masa kurang dari 6 bulan.

Menghafaz 30 juzuk Al Quran dengan menggunakan sistem deobandi.

Ulangan hafazan untuk ke tahap syahadah

Mengkhatamkan hafazan 30 Juzuk dalam masa kurang dari 3 hari.

Pengajian Diniyyah

  • Pengajian Diniyyah membentuk kurikulum teras di Maahad Tahfiz Miftahul Falah.
  • Program ini melengkapkan pelajar dengan pemahaman Islam yang menyeluruh sebagai pelengkap kepada hafalan al-Quran mereka.
  • Dengan mengintegrasikan Pengajian Diniyyah, kami memastikan graduan kami bukan sekadar Hafiz semata-mata, tetapi juga sebagai ahli agamawan yang mahir & soleh.

    Program Pengajian Diniyyah kami merangkumi mata pelajaran utama berikut:-

Pembelajaran tentang pengucapan yang betul dan pelaksanaan hukum-hukum bacaan Al-Quran, memastikan bahawa pelajar memahami dan membaca Al-Quran dengan baik.

Penekanan diberikan kepada akhlak dan tingkah laku yang mulia dalam kehidupan seharian, mengajar pelajar untuk menjadi individu yang bermoral tinggi dan beretika dalam masyarakat.

Pelajar diajar untuk mempelajari, memahami, dan mengamalkan hadis Nabi Muhammad SAW sebagai panduan hidup yang mencerahkan dan menginspirasi.

Pembelajaran tentang hukum-hukum Islam dan praktik-praktik agama yang berkaitan dengan ibadah, muamalah, dan tatacara kehidupan seharian.

Pembelajaran dan penggunaan tulisan Jawi sebagai sebahagian daripada warisan budaya dan ilmu pengetahuan Islam, memupuk kecintaan dan pemahaman terhadap warisan kebudayaan Melayu-Islam.

Peperiksaan & Ujian

Untuk tahfiz Al-Quran, MTMF akan mengadakan beberapa ujian secara lisan:

Untuk menguji kelancaran dan kemantapan setiap juzuk yang telah dihafaz

Untuk menguji tahap kelancaran dan kemantapan setiap 5 juzuk hafazan

Untuk menguji kelancaraan dan kemantapan keseluruhan hafazan 30 juzuk

Penerimaan Sijil Pengkiktirafan

Sijil akan diberi kepada pelajar yang telah mengkhatamkan hafazan 30 juzuk Al-Quran dan lulus ujian Syahadah Hafiz.