Pendaftaran Program Tajaan Huffaz MTMF Dibuka Sekarang

Tentang Kami

MTMF, singkatan bagi Maahad Tahfiz Miftahul Falah, melambangkan tempat menuntut ilmu yang menitikberatkan pendidikan Islam,
khususnya Al-Quran. "Miftahul Falah" bermaksud kunci kejayaan, mencerminkan pentingnya Al-Quran dan ilmu yang terkandung di
dalamnya sebagai kunci untuk mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

Ditubuhkan oleh Lembaga Pengelola Wakaf MTMF pada 2 Jun 2022, Maahad Tahfiz ini dibina di atas tanah wakaf seluas satu ekar di Bukit
Sentian, Tangkak, Johor Darul Ta’zim untuk membantu masyarakat dalam mendalami dan mengembangkan ilmu agama, khususnya
melahirkan para huffaz yang mahir dalam ilmu akhirat dan duniawi.

MTMF sentiasa mengutamakan infrastruktur pembelajaran yang kondusif dan selesa, serta dikendalikan secara professional oleh tenaga
pengajar yang sudah berpengalaman dalam bidang Tahfiz.

Bagi memastikan para pelajar dapat mempelajari & menghafal Al Quran
dengan teknik pembelajaran yang sistematik dan efektif, serta suasana
pembelajaraan yang kondusif, kami menubuhkan Maahad Tahfiz Miftahul
Falah untuk memberi peluang kepada mereka yang mahukan satu
alternatif lain untuk mencorak pendidikan anak-anak mereka.

Selain memberi peluang kepada anak-anak kampung sekitar Maahad untuk
mempelajari & menghafaz Al Quran, penubuhan Maahad ini adalah salah
satu usaha yang berterusan dalam melahirkan insan yang soleh, bertaqwa,
harmoni dan seimbang dari segi intelek, emosi, rohani, & jasmani bagi
melahirkan masyarakat yang berakhlak mulia & berilmu pengetahuan untuk
berbakti kepada agama, masyarakat, & negara.

Objektif

Melahirkan para du’at dari kalangan huffaz Al-
Quran yang berdaya saing mengikut kehendak
semasa serta dapat menyumbang kepada
masyarakat dan pembangunan negara

Menyediakan pendidikan menurut Manhaj Ahli
Sunnah Wal Jammah ‘Asyairah dan Maturidiah

Menjadi pusat tarbiah dan menuntut ilmu yang
tidak terbatas hanya kepada pelajar tetapi
merangkumi warga maahad dan masyarakat
setempat

Visi

Menjadi pusat pengajian untuk melahirkan generasi hamilul quran
yang berjiwa da’ie, mempunyai pemahaman yang mantap terhadap
Al Quran dan mempunyai pendidikan agama yang luas

Membentuk keperibadian individu yang musleh, selaras dengan
kehendak masyarakat Islam dan negara